(BERITA HARIAN)
Kaedah alternatif guna pen laser ganti jarum
AKUPUNTUR yang diketahui antara cabang perubatan tradisional China, terus mendapat tempat di kalangan masyarakat antarabangsa biarpun usianya sudah mencecah ratusan tahun.
Tidak hairanlah, teknik berteraskan penggunaan jarum itu turut diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WHO) sebagai kaedah perubatan alternatif. Akupuntur berkait rapat dengan kepercayaan aliran tenaga (Qi) yang beredar melalui 12 garis tenaga dalam badan dan disebut meridian dan ketidakseimbangan meridian inilah menjadi punca penyakit.
Selaras perkembangan semasa, kemunculan akupuntur moden menjadikan kaedah ini kian popular. Di Malaysia, akupuntur moden yang menggunakan pen beraliran elektrik - microcurrent pulse stimulator (MPS), diperkenalkan dua tahun lalu oleh doktor perubatan kelahiran Korea Selatan, Mohamad Kim Myoung Hwan, 74 tahun.
Berbanding akupuntur tradisi yang menggunakan 20 hingga 25 jarum, akupuntur moden hanya menggunakan satu pen MPS. Ia kemudian diletakkan pada titik darah berkaitan selama 15 minit. Pen ini tidak tembus ke kulit, lebih selamat dan cepat berbanding penggunaan jarum.
Lazimnya, jenis masalah dikesan dengan menekan tangan atau hujung jari pesakit.
Akupuntur moden
• Gunakan pen laser menggantikan jarum
• Akupuntur tradisi gunakan 20 hingga 25 jarum, akupuntur moden hanya menggunakan satu pen laser
• Pen ini diletakkan pada titik darah berkaitan selama 15 minit.
• Pancarannya tidak tembus kulit, lebih selamat dan cepat berbanding penggunaan jarum.
20 November, 2009
Akupunture Moden
29 October, 2009
Rawatan Selepas Bersalin
Proses kehamilan dan melahirkan anak adalah proses yang
dialami atau dilalui oleh wanita yang mampu melahirkan dan
ianya berlaku berulang kali.
Bermula dari Bulan Pertama hinggalah ke 100 hari selepas
bersalin,ibu-ibu akan mengalami pelbagai masaalah yang
melibatkan urat saraf dan seluruh anggota tubuh badannya.
Demi menghadapi itu semua,kami menyediakan rawatan semenjak
ibu mula hamil lagi untuk mengurangkan "morning sickness" ,
kurang darah dan sebagainya.
Kemudian dalam masa 7 bulan kehamilan,kami menyediakan
rawatan sehingga bayi dilahirkan tanpa sebarang komplikasi,
InsyaAllah.
Selepas bayi dilahirkan pula,rawatan disediakan bermula dari
hari ibu bersalin sehingga hari yang ke 42 atau hari yang ke 50
atau hingga hari yang ke 100.
Rawatan ini meliputi :
a.Menyembuhkan luka luaran dan dalaman peranakan.
b.Menahan dari berlakunya tumpah darah.
c.Mengecil dan mengemaskan peranakan.
d.Memulihkan urat saraf dan menyegarkan tubuh badan.
e.Menambah darah dan tenaga.
f.Memperbanyakkan susu badan.
g.mengekalkan awet muda dan
h.Menggelakkan sembelit.
Diposkan Dr.(H) Hj. Mat Ripin pada 7:28 AM 0 Komen
Labels: Ubat Penawar
Ubat Mudah Bersalin
supaya dapat membantu pembentukan bayi dalam kandungan
malah untuk kesihatan ibu itu sendiri.
Mengikut Dr.Schueler;seorang pakar Homeopathy di
German,seseorang ibu yang hamil selain dari memerlukan
makanan harian yang berzat,mereka dinasihatkan supaya
mengambil makanan tambahan yng berzat "bio-chemic
tissue-salt" yang diperlukan oleh tubuh dan:
a.Menahan dari berlakunya kekurangan darah,muntah-muntah
atau penat badan.
b.Memelihara kesegaran ibu semasa hamil.
c.Menyegarkan urat-urat dan otot-otot.
InsyaAllah,selamat dan tidak bahaya kepada ibu dan bayi
Diposkan Dr.(H) Hj. Mat Ripin pada 7:12 AM 0 Komen
Labels: Ubat Penawar
BRAIN TONIC Cergas Minda
Setiap manusia memerlukan pertimbangan zat garam bio-chemic
agar sentiasa sihat dan cergas.Brain Tonic mempunyai kombinasi
zat garam untuk tujuan kesihatan dan kecerdasan otak.
Brain Tonic dapat membantu pelajar-pelajar atau mereka yang
malas dan lembab pemikiran.
Ia sesuai digunakan oleh mereka yang lemah fikiran,malas,pelupa,
letih,susah mengingati sesuatu benda,kerap sakit kepala,pening
kepala,berat kepala,takut-takut,lambat memahami sesuatu yang
dibicarakan,rungsing,tertekan(tension),kesan sampingan
dadah,tolol,kerap sawan,susah tidur,tekanan jiwa,kanak-kanak
yang lambat boleh berjalan atau lambat boleh bercakap,perasaan
berdebar atau gemuruh.
Brain Tonic ini perlu digunakan untuk tempoh antara 4-6 bulan
untuk mendapatkan hasil yang memuaskan atau boleh digunakan
sepanjang masa.Ubat ini tidak merbahaya apabila digunakan lama
atau berpanjangan.
Diposkan Dr.(H) Hj. Mat Ripin pada 6:55 AM 0 Komen
Labels: Ubat Penawar
28 October, 2009
Perbezaan antara HOMEOPATI dengan ALLOPATI
Homeopati berasal dari perkataan Greek yang mana HOMEO
itu adalah ertinya seakan-akan,serupa atau serasi.
Manakala perkataan PATHY itu berasal dari perkataan PHOTO
yang erti sakit atau menanggung sakit.
Berikut adalah perbezaan antara perubatan Homeopati dengan
perubatan Allopati (perubatan biasa) :
Perkara yang membezakan keduanya adalah konsep merawat
pesakit dan ubat-ubatannya.
Pengubatan HOMEOPATHY
1. Sistem perubatan yang mempunyai teori bahawa pemberian
dos ubat yang besar dengan kaedah lain boleh diganti dengan
pemberian dos ubat yang kecil tetapi efektif.
2.Rawatan ini menggunakan kaedah keserasian
3.Rawatan mengikut ketelitian sejarah hidup fizikal , mental
dan rohaniah.
4.Ubatan dari bahan organic dan nutural
5.Makan ubat dos tunggal
6.Rasa ubat manis
7.Ubat tidak perlu prescripsi
8.Ubat tiada kesan sampingan
9.Ubat diuji pada manuisa yang sihat
10.Tidak menggalakan pembedahan peringkat awal
11.Pelajaran sama seperi pembelajaran doctor biasa
12.Ubat lebih sesuai untuk kanak-kanak,bayi dan wanita
kerana ia manis dan lembut.
13.Di England, ia merupakan perubatan orang yang berada
(keluarga Diraja) tetapi di Malaysia ia dianggap perubatan
orang yang susah (miskin).
14.Mereka menaggap ia suatu perubatan tradisional tetapi
sebenarnya ia merupakan perubatan moden.
Pengubatan ALLOPATHY ( biasa )
1.Periksa tempat sakit dan nama penyakit
2.Fakta luaran tubuh sahaja seperti kaitan dengan kuman bakteria,virus
3.Ubatan dari bahan kimia dan dadah
4.Makan ubat multiple dos
5.Rasa Ubat pahit
6.Pemberian Ubat wajib atas arahan doktor
7.Mempunyai kesan sampingan
8.Ubat diuji pada binatang seperti tikus dan anjing.
27 October, 2009
Penyembuhan dari Allah
24 October, 2009
Apakah IRIDOLOGY ?
“Iridology” adalah sains dan amalan yang boleh memperlihatkan
kedudukan dan tahap keradangan yang berlaku. “Iris” atau mata
hitam menunjukkan struktur badan,kelemahan semulajadi,tahap
kesihatan dan perubahan yang berlaku di dalam tubuh manusia.
“Iridology” adalah sains penyelidikan atau penganalisaan
struktur-struktur mata hitam.”Iris” atau mata hitam adalah
bahagian kecil mata yang memberi warna.”Iris” memperlihatkan
corak yang sangat kecil dan terperinci.
Iris atau mata hitam mengambarkan satu system komunikasi yang
menakjubkan dan berupaya menimba maklumat yang banyak.
Susunan ini memperlihatkan ciri/corak individu tiap-tiap
serabut mata hitam.Serabut mata hitam ini jumlahnya terlalu
banyak sehingga tidak dapat dihitung.Gabungan atau rangkaian
pelbagai corak dan jenis serabut tidak terhad.
Tahukah anda ; bahawa penyakit bukan sahaja dapat dikesan
melalui pemeriksaan darah,kencing dan najis, malahan di
sepasang mata yang menawan ada tersimpan rahsia tenaga dan
kesihatan seseorang.Ilmu mengesan penyakit melalui mata ini
dinamakan “Iridology”.
Para Iridologist mengesan penyakit melalui Iris.Iris adalah
otot mata yang mengawal pergerakan mata (pupil eye),
mengembangkannya bila gelap dan menguncupkannya bila terang.
Melalui Iris, para Iridologist dapat mengesan keadaan penyakit
seseorang dengan lebih tepat lagi.Samada penyakit yang dihadapi
itu berpunca dari kehadiran sesuatu zat secara berlebih-lebihan
ataupun disebabkan oleh kekurangan sesuatu zat.
Iris adalah seperti computer yang mendaftarkan seluruh tubuh
badan dan organ manusia dibahagian-bahagian yang tertentu.Ia
dapat mengesan masaalah-masaalah dan keadaan yang tidak
seimbang di dalAm tubuh kita.,lebih dari itu ia juga
mendaftarkan keadaan mental dan perasaan.
Jika tuan/puan menghadapai masaalah kesihatan yang tidak
sembuh-sembuh,kami rasa tuan/puan patut mencuba kaedah
rawatan secara Iridology ini.
21 October, 2009
Sejarah Homeopati di Malaysia

Sistem perubatan homeopati telah ditemui oleh Dr. Samuel
Hahnemann seorang pakar bedah dari negeri Jerman pada
abad ke-18.

Selepas itu sistem perubatan homeopati terus berkembang
ke negara-negaraEropah lain dan seterusnya ke Amerika dan
India pada abad ke-19.
Di Malaysia, sistem perubatan homeopati diasaskan oleh
seorang tokoh yang amat berjasa kepada tanah air iaitu
Prof. Dr. Burhanuddin Helmi(1911-1969).
Seorang yang bergiat cergas dalam organisasi politik dan
agama, salah seorang pengasas Partai Kebangsaan Melayu
Malaya (PKMM) dan pernah menjawat jawatan Presiden Parti
Islam Se Malaysia (PAS).
Homoeopati diperkenalkan di tanah Melayu oleh Dr.
Burhanuddin apabila beliau pulang ke Malaya pada tahun
1929. Beliau merupakan graduan daripada Ismaeliah Medical
College, New Delhi.
Berdasarkan keterangannya, homoeopati begitu berjasa
kepadanya kerana telah berjaya menyembuhkan penyakit
lelah yang dialaminya. Selanjutnya,pada tahun 1937 hingga
tahun 1942, beliau bersama Prof. Dr. Rajah membuka Gedung
Homeopati di Singapura dan Johor Bharu.
Usaha ini terhenti apabila beliau sibuk menguruskan soal-
soal agama dan tanah air. Malah beliau pernah ditahan
selepas tragediNatrah di Pulau Sekijang, untuk tempoh
Ogos 1951 - Sept. 1952.
Pada akhir tahun 1952, beliau mula kembali mengamal dan
menggunakan penawar homeopati dengan memberikan banyak
pertolongan kepada keluarga dan sahabat handai. Kemudiannya,
dalam pertemuan dengan beberapa orang pemuda, beliau
mencadangkan supaya ilmu perubatan homoeopati dipelajari dan
dikembangkan sehingga menjadi perubatan nasional bagi
negara Malaysia.
Berdasarkan tulisan Prof. Dr. Mohd Nor, selepas lebih enam
bulan, barulah dapat dikumpulkan seramai dua belas orang
penuntut.
Pada 15 hb. Dis. 1953, Dr. Burhanuddin telah menulis surat
kepada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran
Singapura untuk mengajar dan mempraktik homoeopati.
Dalam surat jawapan terhadap permohonan itu, disebutkan
bahawa amalan mempraktik homoeopati tidak diiktiraf dan
kerana itu lesen mempraktik tidak perlu dikeluarkan.
Kebenaran bagi kuliah rasmi perubatan homoeopati diterima,
tetapi pengamal homoeopati tidak boleh didaftarkan sebagai
Medical Practitioners mengikut Medical Registration Ordinance
dan tidak boleh dipanggil "Doktor."

Walaupun tanpa pengiktirafan - dengan kebenaran itu, tahun
1953/1954 dianggap tahun yang bersejarah. Pada tahun tersebut,
lahir sebuah institusi atau pusat pengajian homeopati yang
pertama secara informal di rumah Dr. Burhanuddin sendiri iaitu
Kampung Pachitan, Singapura.
Antara 12 orang pemuda perintis yang mengikuti kuliah itu
termasuklah Prof. Dr. Mohd. Nor Noordin, Dr. Hj. Dali b.
Hj. Muin, Dr. Mohammed Hj. Yaakub dan Dr. Abd. Rahman Hj.
Hashim.
Teks yang digunakan dalam kuliah bagi generasi pengasas
pada waktu itu terdiri daripada: The Organon of Medicine
(Hahnemann); Materia Medica (Nash, Kent, Chauldry);
Philosophy (Kent); The Chronic Diseases (Hahnemann);
Muqaddimah (Ibnu Khaldun) dan termasuk juga kitab Hadis
Arbain.
Asas sumpah Hippocrates yang masyhur telah dijadikan
asas "Janji Setia".Justeru itu, setiap pelajar perubatan
homeopati: harus menganggap Gurunya sebagai Bapa dan anak
mereka sebagai saudara kandung, sanggup memandang sesama
sendiri sebagai keluarga; berjanji tidak memberi "Drug"
yang membahayakan serta membunuh kepada pesakitnya;
berjanji tidak memberi ubat bagi menggugurkan Janin dalam
kandungan; menjaga kehormatan seni rawatan dengan
penghormatan yang tinggi; dan sentiasa sedia memberi
khidmat di mana sahaja ia berada.
Meskipun ilmu perubatan homeopati tersangat baru dan
pelbagai anggapan negatif dihadapi, tetapi beliau
menjelaskan betapa pentingnya menyemaikan ilmu kepada anak
bangsa terutama ilmu berkaitan dengan kesihatan sebagai
melengkapkan pengisian kemerdekaan suatu bangsa.
Kuliah-kuliah bergerak cergas di pusat Malaysia Health
Centre (MHC) di 107, Jalan Sultan Singapura. Pada tahun
1957 terdiri pulalah Dewan Kesihatan Melayu di Singapura
dan Dewan Tata Hidup di Kuala Lumpur.
Semangat memperkembangkan homoeopati semakin mendapat
perangsang apabila Dr. Corea datang melawat Malaya secara
rasmi dengan tugas Kongres Perubatan Homeopathy Sedunia
pada masa Malaya Merdeka.
Dr. Edward Mac. Heyzer yang pernah bertugas sebagai doktor
dan surgeon tentera dalam angkatan tentera British semasa
perang Jepun turut aktifmembantu memperluas dan memperkenalkan
homeopati di hospital dan golongan terpelajar. Beberapa orang
India yang mempelajari homeopati juga membantu dengan bertindak
secara layman physician dalam memberi rawatan atau membuka
kedai-kedai ubat homeopati.
Pada tahun 1960, berkumpul pula para pendokong dan perintis
homoeopatidi Kuala Lumpur untuk memikirkan nasib dan
matlamat sistem perubatan homeopati serta menggariskan
perjuangan untuk dekad-dekad akan datang.
Berkat azam yang kuat dan sama semuafakat, maka tertubuhlah
sebuah persatuan homoeopati yang pertama di Malaysia yang
dikenali dengan nama "Persatuan Homoeopathy Malaya"
(Homoeopathic Society of Malaya).
Persatuan Homoeopathy Malaya didaftarkan secara rasmi pada
tahun 1961 di mana Presiden pertamanya ialah Prof. Dr.
Burhanuddin sendiri. Setiausaha agungnya, Dr. Mohammad bin
Hanif dan Bendahari agungnya ialah Dr. Yaakob Ibrahim.
Ahli-ahli jawatankuasa yang lain termasuk Dr. Rahmat b. Ma’dom,
Dr. Rashad Shamsuddin, Dr. Abd. Rahman Hashim, Dr. Bahrom Shah
dan Dr. Ismail b. Muhammad. Ibu pejabat persatuan di waktu itu
ialah di 38-B Jalan Hale (Raja Abdullah) Kuala Lumpur.

Jasa Dr. Burhanuddin seterusnya ialah menyuarakan isu-isu
homoeopati beberapa kali di Parlimen semasa beliau menjadi
ahli parlimen bagi tahun 1959-1964. Suaranya yang lantang
membolehkan aktiviti mengembangkan ilmu perubatan
homeopati bergerak ke seluruh negara. Kemudian dalam
mengembangkan homeopati seterusnya beliau berusaha
mengumpulkan pelajar-pelajar yang setia untuk mengikuti
kuliah homoeopati di Ehya Assharif Gunung Semanggol, Perak.
Akhirnya, pada 25 hb. Oktober 1969, Dr. Burhanuddin pulang ke
rahmatullah setelah berjaya menaburkan banyak jasa-jasa kepada
masyarakat, orang Melayu, Islam, politik tanah air dan tidak
ketinggalan mewariskan homeopati. Justeru banyaknya jasa-jasa
beliau seperti yang disebut-sebut dalam sejarah tanah air
sebelum dan selepas merdeka, maka beliau masih dikenang
hingga ke hari ini.
Tetapi demi untuk menerajui persatuan yang masih muda ini,
kepimpinan persatuan diberikan kepada timbalannya iaitu
Prof. Dr. Mohd. Nor Noordin. Pergerakan homeopati dikatakan
bergerak lebih aktif lagi selepas itu dengan menambah
bilangan peminat dan penyokongnya.
Pada tahun 1979, persatuan ini diubah namanya kepada
Persatuan Perubatan Homoeopathy Malaysia (Malaysia
Homoeopathy Medical Association) atau ringkasnya PPHM.
Di bawah pimpinan Dr. Mohd. Nor, persatuan ini semakin
giat aktivitinya dengan menganjurkan ceramah, seminar dan
memberi kuliah. Ini terutamanya apabila pusat-pusat rawatan
homoeopati mula tumbuh dengan pesatnya di Kuala Terengganu,
Guar Chempedak (Kedah), Parit Buntar, Krian (Perak), Muar
(Johor), Jasin (Melaka), Sungai Besar, Klang, Sekinchan
(Selangor), Kota Bharu dan tempat-tempat lain lagi.
Pada tahun 1980an, persatuan ini juga mula mendapat
sokongan dari pelbagai lapisan masyarakat dan banyak
seminar-seminar yang diadakan turut dinaungi oleh tokoh-tokoh
politik. Dengan pertolongan pengamal-pengamal seperti Dr. Dali,
Dr. Abd. Ghani, Dr. Nik Omar, Dr. Teo, Dr. Ghulam Rasool dan
ahli jawatankuasa PPHM 1970-1984, diberitakan bahawa
homeopati berjaya dikembangkan di universiti-universiti,
terutama di UTM.
Perkembangan di akhir-akhir ini menunjukkan satu demi
satu pertubuhan homoeopati diwujudkan samada ia
mendapat asas daripada PPHM ataupun tidak. Antaranya
ialah persatuan Dr. Mohamad Hj.Yaakob yang menubuhkan
Persatuan Perubatan Homoeopathy Bumiputera Malaysia
(PPHBM) yang beribu pejabat di Johor Bahru, Persatuan
Pengamal-pengamal Perubatan Homeopati Berdaftar
Malaysia (MRHP) di bawah Dr. Nik Omar dan Persatuan
Pengamal Perubatan Homoeopati Malaysia (PPPHM) yang
berpusat diAlor Star, Kedah.
Bagaimanapun, kata sepakat dicapai antara PPHM dan
PPHBMuntuk menyelaraskan daya usaha dan tenaga serta
menyambung amanah almarhum Prof. Dr. Burhanuddin Helmi
dengan bergabungnya kedua-dua kesatuan itu menubuhkan
Majlis Homoeopathy Kebangsaan Malaysia pada 11 April
1993. Dengan itu ahli-ahli kesatuan yang bergabung itu
dapat bekerjasama mempertahankan homoeopati tulen
mengikut fahaman mereka.
Namun begitu, peranan MRHP turut menonjol dari segi
perkembangan homeopati di mata masyarakat justeru
aktivitinya yang bersifat komersil selain aktiviti
biasa memberi kursus dan ceramah seperti PPHM.
Banyak barangan atau hasil keluaran homeopati dari
kesatuan tersebut mendapat tempat di hati masyarakat.
Ini termasuk juga aktiviti dan usaha MRHP membantu
masyarakat Selatan Thai sewaktu mengalami banjir dan
mangsa peperangan saudara di Afghanistan.
Perkara yang membezakan ia dengan sejarah perkembangan
homeopati awalan dan di negara-negara lain ialah
mengenai usaha murid-murid Prof. Dr. Burhanuddin Helmi
dalam memperkaitkan antara perubatan homeopati dengan
Islam. Antara bukti-bukti yang sering diperjelaskan
oleh mereka termasuklah prinsip similimum yang dikiaskan
kepada hadis Rasulullah s.a.w. mengenai jatuhnya lalat
ke dalam minuman yang diriwayatkan oleh Bukhari dan
Abu Daud), keseimbangan vital force sebagai pancaran
ruh dan nama-nama penawar homoeopati yang digunakan
yang mana sebahagiannya ada tersebut di dalam al-Qur’an.
20 October, 2009
Rawatan dan Lokasi Klinik
Alamat Klinik :
KLINIK HOMEOPATI,AKUPUNTUR DAN ASSHIFA'
BG 6, Tingkat Bawah,
Kompleks Dagangan Mahkota,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
H/p : 013-960-7344
email : dripind@yahoo.com
YM : dripind
WAKTU RAWATAN:
Hari ISNIN hingga JUMAAT 9.30 pagi - 5.30 petang
Hari SABTU / AHAD / CUTI AM - dengan temujanji sahaja.
CAJ PERUNDINGAN DAN RAWATAN
1. Caj Perundingan Iridologi RM 10.00
2. Caj Rawatan Reflexologi RM 25.00
3. Caj Perundingan dan Rawatan Homeopati RM 20.00
( Bekalan ubat untuk 1 mingggu )
4. Caj Rawatan Akupuntur RM 25.00
5. Panggilan ke rumah RM 50.00 - RM 150.00