
Sistem perubatan homeopati telah ditemui oleh Dr. Samuel
Hahnemann seorang pakar bedah dari negeri Jerman pada
abad ke-18.

Selepas itu sistem perubatan homeopati terus berkembang
ke negara-negaraEropah lain dan seterusnya ke Amerika dan
India pada abad ke-19.
Di Malaysia, sistem perubatan homeopati diasaskan oleh
seorang tokoh yang amat berjasa kepada tanah air iaitu
Prof. Dr. Burhanuddin Helmi(1911-1969).
Seorang yang bergiat cergas dalam organisasi politik dan
agama, salah seorang pengasas Partai Kebangsaan Melayu
Malaya (PKMM) dan pernah menjawat jawatan Presiden Parti
Islam Se Malaysia (PAS).
Homoeopati diperkenalkan di tanah Melayu oleh Dr.
Burhanuddin apabila beliau pulang ke Malaya pada tahun
1929. Beliau merupakan graduan daripada Ismaeliah Medical
College, New Delhi.
Berdasarkan keterangannya, homoeopati begitu berjasa
kepadanya kerana telah berjaya menyembuhkan penyakit
lelah yang dialaminya. Selanjutnya,pada tahun 1937 hingga
tahun 1942, beliau bersama Prof. Dr. Rajah membuka Gedung
Homeopati di Singapura dan Johor Bharu.
Usaha ini terhenti apabila beliau sibuk menguruskan soal-
soal agama dan tanah air. Malah beliau pernah ditahan
selepas tragediNatrah di Pulau Sekijang, untuk tempoh
Ogos 1951 - Sept. 1952.
Pada akhir tahun 1952, beliau mula kembali mengamal dan
menggunakan penawar homeopati dengan memberikan banyak
pertolongan kepada keluarga dan sahabat handai. Kemudiannya,
dalam pertemuan dengan beberapa orang pemuda, beliau
mencadangkan supaya ilmu perubatan homoeopati dipelajari dan
dikembangkan sehingga menjadi perubatan nasional bagi
negara Malaysia.
Berdasarkan tulisan Prof. Dr. Mohd Nor, selepas lebih enam
bulan, barulah dapat dikumpulkan seramai dua belas orang
penuntut.
Pada 15 hb. Dis. 1953, Dr. Burhanuddin telah menulis surat
kepada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran
Singapura untuk mengajar dan mempraktik homoeopati.
Dalam surat jawapan terhadap permohonan itu, disebutkan
bahawa amalan mempraktik homoeopati tidak diiktiraf dan
kerana itu lesen mempraktik tidak perlu dikeluarkan.
Kebenaran bagi kuliah rasmi perubatan homoeopati diterima,
tetapi pengamal homoeopati tidak boleh didaftarkan sebagai
Medical Practitioners mengikut Medical Registration Ordinance
dan tidak boleh dipanggil "Doktor."

Walaupun tanpa pengiktirafan - dengan kebenaran itu, tahun
1953/1954 dianggap tahun yang bersejarah. Pada tahun tersebut,
lahir sebuah institusi atau pusat pengajian homeopati yang
pertama secara informal di rumah Dr. Burhanuddin sendiri iaitu
Kampung Pachitan, Singapura.
Antara 12 orang pemuda perintis yang mengikuti kuliah itu
termasuklah Prof. Dr. Mohd. Nor Noordin, Dr. Hj. Dali b.
Hj. Muin, Dr. Mohammed Hj. Yaakub dan Dr. Abd. Rahman Hj.
Hashim.
Teks yang digunakan dalam kuliah bagi generasi pengasas
pada waktu itu terdiri daripada: The Organon of Medicine
(Hahnemann); Materia Medica (Nash, Kent, Chauldry);
Philosophy (Kent); The Chronic Diseases (Hahnemann);
Muqaddimah (Ibnu Khaldun) dan termasuk juga kitab Hadis
Arbain.
Asas sumpah Hippocrates yang masyhur telah dijadikan
asas "Janji Setia".Justeru itu, setiap pelajar perubatan
homeopati: harus menganggap Gurunya sebagai Bapa dan anak
mereka sebagai saudara kandung, sanggup memandang sesama
sendiri sebagai keluarga; berjanji tidak memberi "Drug"
yang membahayakan serta membunuh kepada pesakitnya;
berjanji tidak memberi ubat bagi menggugurkan Janin dalam
kandungan; menjaga kehormatan seni rawatan dengan
penghormatan yang tinggi; dan sentiasa sedia memberi
khidmat di mana sahaja ia berada.
Meskipun ilmu perubatan homeopati tersangat baru dan
pelbagai anggapan negatif dihadapi, tetapi beliau
menjelaskan betapa pentingnya menyemaikan ilmu kepada anak
bangsa terutama ilmu berkaitan dengan kesihatan sebagai
melengkapkan pengisian kemerdekaan suatu bangsa.
Kuliah-kuliah bergerak cergas di pusat Malaysia Health
Centre (MHC) di 107, Jalan Sultan Singapura. Pada tahun
1957 terdiri pulalah Dewan Kesihatan Melayu di Singapura
dan Dewan Tata Hidup di Kuala Lumpur.
Semangat memperkembangkan homoeopati semakin mendapat
perangsang apabila Dr. Corea datang melawat Malaya secara
rasmi dengan tugas Kongres Perubatan Homeopathy Sedunia
pada masa Malaya Merdeka.
Dr. Edward Mac. Heyzer yang pernah bertugas sebagai doktor
dan surgeon tentera dalam angkatan tentera British semasa
perang Jepun turut aktifmembantu memperluas dan memperkenalkan
homeopati di hospital dan golongan terpelajar. Beberapa orang
India yang mempelajari homeopati juga membantu dengan bertindak
secara layman physician dalam memberi rawatan atau membuka
kedai-kedai ubat homeopati.
Pada tahun 1960, berkumpul pula para pendokong dan perintis
homoeopatidi Kuala Lumpur untuk memikirkan nasib dan
matlamat sistem perubatan homeopati serta menggariskan
perjuangan untuk dekad-dekad akan datang.
Berkat azam yang kuat dan sama semuafakat, maka tertubuhlah
sebuah persatuan homoeopati yang pertama di Malaysia yang
dikenali dengan nama "Persatuan Homoeopathy Malaya"
(Homoeopathic Society of Malaya).
Persatuan Homoeopathy Malaya didaftarkan secara rasmi pada
tahun 1961 di mana Presiden pertamanya ialah Prof. Dr.
Burhanuddin sendiri. Setiausaha agungnya, Dr. Mohammad bin
Hanif dan Bendahari agungnya ialah Dr. Yaakob Ibrahim.
Ahli-ahli jawatankuasa yang lain termasuk Dr. Rahmat b. Ma’dom,
Dr. Rashad Shamsuddin, Dr. Abd. Rahman Hashim, Dr. Bahrom Shah
dan Dr. Ismail b. Muhammad. Ibu pejabat persatuan di waktu itu
ialah di 38-B Jalan Hale (Raja Abdullah) Kuala Lumpur.

Jasa Dr. Burhanuddin seterusnya ialah menyuarakan isu-isu
homoeopati beberapa kali di Parlimen semasa beliau menjadi
ahli parlimen bagi tahun 1959-1964. Suaranya yang lantang
membolehkan aktiviti mengembangkan ilmu perubatan
homeopati bergerak ke seluruh negara. Kemudian dalam
mengembangkan homeopati seterusnya beliau berusaha
mengumpulkan pelajar-pelajar yang setia untuk mengikuti
kuliah homoeopati di Ehya Assharif Gunung Semanggol, Perak.
Akhirnya, pada 25 hb. Oktober 1969, Dr. Burhanuddin pulang ke
rahmatullah setelah berjaya menaburkan banyak jasa-jasa kepada
masyarakat, orang Melayu, Islam, politik tanah air dan tidak
ketinggalan mewariskan homeopati. Justeru banyaknya jasa-jasa
beliau seperti yang disebut-sebut dalam sejarah tanah air
sebelum dan selepas merdeka, maka beliau masih dikenang
hingga ke hari ini.
Tetapi demi untuk menerajui persatuan yang masih muda ini,
kepimpinan persatuan diberikan kepada timbalannya iaitu
Prof. Dr. Mohd. Nor Noordin. Pergerakan homeopati dikatakan
bergerak lebih aktif lagi selepas itu dengan menambah
bilangan peminat dan penyokongnya.
Pada tahun 1979, persatuan ini diubah namanya kepada
Persatuan Perubatan Homoeopathy Malaysia (Malaysia
Homoeopathy Medical Association) atau ringkasnya PPHM.
Di bawah pimpinan Dr. Mohd. Nor, persatuan ini semakin
giat aktivitinya dengan menganjurkan ceramah, seminar dan
memberi kuliah. Ini terutamanya apabila pusat-pusat rawatan
homoeopati mula tumbuh dengan pesatnya di Kuala Terengganu,
Guar Chempedak (Kedah), Parit Buntar, Krian (Perak), Muar
(Johor), Jasin (Melaka), Sungai Besar, Klang, Sekinchan
(Selangor), Kota Bharu dan tempat-tempat lain lagi.
Pada tahun 1980an, persatuan ini juga mula mendapat
sokongan dari pelbagai lapisan masyarakat dan banyak
seminar-seminar yang diadakan turut dinaungi oleh tokoh-tokoh
politik. Dengan pertolongan pengamal-pengamal seperti Dr. Dali,
Dr. Abd. Ghani, Dr. Nik Omar, Dr. Teo, Dr. Ghulam Rasool dan
ahli jawatankuasa PPHM 1970-1984, diberitakan bahawa
homeopati berjaya dikembangkan di universiti-universiti,
terutama di UTM.
Perkembangan di akhir-akhir ini menunjukkan satu demi
satu pertubuhan homoeopati diwujudkan samada ia
mendapat asas daripada PPHM ataupun tidak. Antaranya
ialah persatuan Dr. Mohamad Hj.Yaakob yang menubuhkan
Persatuan Perubatan Homoeopathy Bumiputera Malaysia
(PPHBM) yang beribu pejabat di Johor Bahru, Persatuan
Pengamal-pengamal Perubatan Homeopati Berdaftar
Malaysia (MRHP) di bawah Dr. Nik Omar dan Persatuan
Pengamal Perubatan Homoeopati Malaysia (PPPHM) yang
berpusat diAlor Star, Kedah.
Bagaimanapun, kata sepakat dicapai antara PPHM dan
PPHBMuntuk menyelaraskan daya usaha dan tenaga serta
menyambung amanah almarhum Prof. Dr. Burhanuddin Helmi
dengan bergabungnya kedua-dua kesatuan itu menubuhkan
Majlis Homoeopathy Kebangsaan Malaysia pada 11 April
1993. Dengan itu ahli-ahli kesatuan yang bergabung itu
dapat bekerjasama mempertahankan homoeopati tulen
mengikut fahaman mereka.
Namun begitu, peranan MRHP turut menonjol dari segi
perkembangan homeopati di mata masyarakat justeru
aktivitinya yang bersifat komersil selain aktiviti
biasa memberi kursus dan ceramah seperti PPHM.
Banyak barangan atau hasil keluaran homeopati dari
kesatuan tersebut mendapat tempat di hati masyarakat.
Ini termasuk juga aktiviti dan usaha MRHP membantu
masyarakat Selatan Thai sewaktu mengalami banjir dan
mangsa peperangan saudara di Afghanistan.
Perkara yang membezakan ia dengan sejarah perkembangan
homeopati awalan dan di negara-negara lain ialah
mengenai usaha murid-murid Prof. Dr. Burhanuddin Helmi
dalam memperkaitkan antara perubatan homeopati dengan
Islam. Antara bukti-bukti yang sering diperjelaskan
oleh mereka termasuklah prinsip similimum yang dikiaskan
kepada hadis Rasulullah s.a.w. mengenai jatuhnya lalat
ke dalam minuman yang diriwayatkan oleh Bukhari dan
Abu Daud), keseimbangan vital force sebagai pancaran
ruh dan nama-nama penawar homoeopati yang digunakan
yang mana sebahagiannya ada tersebut di dalam al-Qur’an.
0 Komen:
Post a Comment